SELAMAT DATANG

BANNER

Create your own banner at mybannermaker.com!

ikon

Wednesday, November 9, 2011

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan dan teknik merupakan cara yang lebih teliti lagi dalam penyampaian isi pelajaran itu.

Kaedah kaedah yang digunakan dalam Pengajaran Pendidikan Jasmani

Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani. Antara kaedah yang disarankan ialah :

Kaedah Kuliah
Kaedah Perbincangan
Kaedah Kuliah-Demonstrasi
Kaedah Latihan
Kaedah Penemuan
Kaedah Projek
Kaedah Persembahan Lisan
Kaedah sebahagian-keseluruhan.
Kesemua kaedah-kaedah diatas boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani (PJ), tetapi hanya dua kaedah yang popular digunakan iaitu kedah kuliah dan keadah kuliah-demonstrasi.
KAEDAH KULIAH

Kaedah ini adalah kaedah yang luas digunakan untuk kelas-kelas teori dan praktikal. Ia lazim digunakan didalam kelas yang memerlukan kedua-dua bahagian teori dan praktikal. Penilaian dan memberi maklum balas tidak boleh diberikan semasa kuliah. Dengan itu kuliah perlu digunakan untuk memberi motivasi kepada pelajar atau memberi taklimat berkenaan dengan matlamat guru. Walau bagaimanapun, kuliah boleh memberi manfaat jika ia dirancang dengan rapi dan disampaikan dengan penuh semangat. Ia lebih berkesan lagi jika bergabung dengan teknik lain.

Berikut adalah satu contoh kuliah yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani :

Pengenalan
Menerang dan menjelaskan skop pelajaran
Memeberitahu pelajar apa yang dikehendaki daripada mereka
Cuba membangkitkan minat
Sentiasa senyum, menghadap kelas dan bercakap dengan pelajar termasuk pelajar di barisan belakang.
Persembahan
Kuat tetapi nada mesra
Jelas percakapan dan pilih perkataan yang sesuai
Huraikan istilah yang digunakan
Bercakap dengan semua pelajar
Menggunakan teknik-teknik lain seperti penyoalan, papan tulis, demonstarsi dan lain-lain
Ulang butiran penting
Guna lawak jenaka
Mengatahui isi kandungan pelajaran dan yakin
Penutup
Mengulangi point-point utama
Menggalakkan perbincangan
Meneguhkan point yang lemah

KAEDAH KULIAH – DEMONSTRASI

Kaedah ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Demonstarsi boleh digunakan oleh guru. pelajar atau kumpulan pelajar. Kaedah ini melibatkan demonstarsi lisan dan penglihatan, dengan itu ia menambahkan lagi nilai kaedah ini. Biasanya demonstarsi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan.

Berikut adalah contoh kaedah kuliah-demonstarsi yang boleh dipraktikan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani :

Pendahuluan
Susun pelajar supaya mereka boleh dengar dan lihat. Pelajar boleh duduk, melutu dan berdiri
Mnegenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah
Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini
Demonstrasi
Melakukan demonstarsi mengikut kadar pergerakan sebenar
Ikut cara dan prosedur yang piawai
Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan
Demonstrasi dan pengajaran
Semasa membuat pelakuan , beri butiran yang sepatutnya
Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan
Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat dilihat jika ia tidak diberitahu.
Gunakan kaedah ansur maju dan megajar mengikut turutan yang sebenarnya.
Kaitkan petalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman lepas.
Ulang demonstarsi dan butiran yang penting
Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit
Membuat demontrasi untuk memberi pandangan yang berlainan
Beri butiran penting
Penutup
Ulang butiran penting
Menggalakkan perbincangan
Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran

KAEDAH ATAU GAYA PENGAJARAN

Terdapat beberapa gaya atau keadah yang boleh digunakan oleh guru untuk menjalan pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Gaya-gaya yang dipraktikan mestilah membawa satu objektif iaitu setiap murid akan dapat manfaat daripada gaaya yang dikemukakan. Gaya atau kaedah pengajaran boleh dibahagikan kepada 3 kategori yang utama iaitu :

Kaedah/Gaya Langsung
Kaedah/Gaya Gabungan
Kaedah/Gaya Tidak Langsung

GAYA LANGSUNG GAYA GABUNGAN GAYA TIDAK LANGSUNG
Gaya Arahan
Gaya Tugasan
Limitasi
Penemuan
Terbimbing
Penyelesian masalah latihan
Bertindak balas
Semak kendiri
Penerimaan beramai
Penerokaan



GAYA LANGSUNG

Gaya ini mementingkan guru. Seseorang guru membuat semua atau kebanyakan daripada keputusan tentang apa, bagaimana dan bila sesuatu aktiviti itu bermula. Gaya ini berdasarkan Teori Pembelajaran Tingkah Laku (Behavioristic) yang menerangkan bahawa pembelajaran itu berlaku dari luar kedalam melalui pembentukan semula peristiwa-peristiwa yang betul (Gallahue, 1993). Guru dianggap mengetahui bagaimana kemahiran pergerakan dilakukan dengan cara yang betul.


KELEBIHAN KELEMAHAN
Kaedah yang berkesan
Berfokus kepada yang ingin dipelajari
Tidak banyak peluang untuk salah faham dan salah interpretasi
Persekitaran pembelajaran yang berstruktur
Tidak ambil kira perbezaan individu (kesesuai perkembangan), anggap pelajar mencapai tahap pembelajaran dan kemajuan yang sama (kesesuai umur kumpulan)
Lebih mementingkan matlamat atau hasil pengalaman pembelajaran daripada proses pembelajaran itu.



GAYA TIDAK LANGSUNG

Gaya ini berpusatkan pelajar. Ia berasaskan falsafah bahawa pembelajaran adalah lebih daripada mengulang dan meniru perlakuan yang betul. Pembelajaran seharusnya juga melalui percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri. Ia berdasakan Teori Pembelajaran Kognitif yang mengangapkan pembelajaran sebagai satu proses yang berlaku dari dalam ke luar dan proses pembelajaran itu adalag sama penting dangan hasil pembelajaran berkenaan.


KELEBIHAN KELEMAHAN
Membolehkan pelajar menetapkan matlamat dengan cara mencapainya
Memberi kebebasan kepada pelajar dan memberi peluang kepada mereka untuk bertanggungjawab
Mengambil kira perbezaan dikalangan pelajar
Memberi peluang kepada pelajar merasai kejayaan pada tahap kebolehan sendiri.
Memakan masa yang panjang. Lebih masa untuk cuba-jaya, bersoal-jawab.
Memerlukan guru-guru untuk berlatih dan bersabar. Guru yang tidak biasa dengan gaya inisentiasa menghadapi masalah untuk menggunakannya secara berkesan.
Sukar untuk mengawal kelas
Sukar untuk memastikan kesinambungan dalam pelajaran



GAYA ARAHAN

Dalam gaya ini ,guru mengawal APA yang akan dipelajari,BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti>Pelajaran yang menggunakan gaya ini mungkin menggunakan proses yang dicadangkan oleh Gallahue( 1995).Langkah-langkah yang terlibat adalah seperti berikut :

GURU PELAJAR
1. Mengawal penuh pengajaran
Memilih aktiviti
Menentukan bagaimana dan bila
Mengawal tingkah laku
Menilai keputusan
Menjimatkan masa untuk membuat percubaa
Individu mendapat kurang perhatian


Ciri – ciri gaya arahan
Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demostrasi tentang kemahran yang akan dipelajari oleh pelajar .
Pelajar berlatih.
Guru memberi komen am tentang prestasi kelas.
Jika perlu,guru memberi penerangan lanjut dan membuat demostrasi lanjut.
Pelajar berlatih.Guru memberi tunjuk ajar kepada pelajar yangmemerlukan bantuan secara individu atau atau berkumpulan.
Menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti yang sesuai serta menilai perlakuan
Penemuan Terbimbing
Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah llimitassi ( Bilbrough & Jones, 1968 ) .Ia memberi pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan,mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru.Sebagai contoh ‘ Cari dua cara untuk mengimbangkan badan dengan tiga titik’

Kelebihan –kelebihan

membenarkan penglihatan lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran.
Mengambil kira perbezaan di kalangan pelajar dan pelajar mempunyai peluang belajar mengikut tahapnya sendiri.
Memupuk pembangunan arah kendiri
Penyelesaian Masalah
Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang panjang,memahami masalah dan memikir dengan logik dan sistematik.Di dalam kelas pendidikan jasmani,selepas guru memberi beberapa soalan,pelajar-pelajar menyelesaikan masalah mengikut langkah-angkah berikut :

Menganalisi dana memahami masalah
Menyenaraikan syarat-syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah.
Guna pelbagai startegi untuk mendapatkan maklumat –maklumat
Membentukkan jawapan yang mungkin
Pilih dan uji penyelesaian alternatif
Pilih penyelesaian paling sesuai.
Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu.
Kelebihan-kelebihan
Kaedah ini mengalakkan interaksi antara pelajar-pelajar.
Ia memupukkkan tahap pemikiran kognitif yang tinggi
Ia menggalakan ingatan tentang apa yang dipelajari.
Kelemahan kelemahan
Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusat guru.
Kaedah ini kadangkala suar untuk melibatkan setaip pelajar dengan berkesan.Pelajar yang lembab atau pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak akan dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya.
Kejayaan gaya penyelesaian masalah bergantung kepada :
Kesediaan pelajar untuk mengambil bahagian dalam pengalaman pembelajaran.
Keupayaan guru untuk memberi masalah dan membimbing prose penyelesaian itu.
Mengikut Thomas,Lee & Thomas (1988) ,gaya pengajaran yang dipilih bergantung kepada tugas mengajar,objektif pengajaran dan sifat pelajar.

Saiz kelas Gaya pengajaran
Seluruh kelas Langsung
Penyelesaian masalah

Kumpulan kecil Stesen

Individu Lembaran kerja /tugas




RANCANGAN TAHUNAN,PENGGAL DAN MINGGUAN

Dalam melaksanakan program pendidikan jasmanai di sekolah,satu perancangan yang yang rapi perlu diadakan.Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan sumber dan kemudahan yang baik.Ia juga memberi tuju hala kepada guru supaya menjalankan tugas dengan baik disamping memmastikan sukatan pelajaran yang disediakan mendapat perhatian yang serius.

Graham (1992) menyenaraikan faktor-faktor utama yang diperlukan untuk membuat suatu perancangan yang rapi seperti berikut :

Jumlah masa pengajaran yang terhad
Walaupun sejak bukan Disember 1993,Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusan menambahkan satu masa kepada waktu pendidikan jasmani dan kesihatan untuk Tahap satu menjadi ‘Tiga Waktu’ manakala mengekalkan dua waktu untuk Tahap ll,masa yang diperuntukkan itu masih lagi tidak mencukupi.Memandangkan masa yang terhad itu,kita perlu mengkaji semula atau membuat perancangan tentang bilangan objektif yang boleh kita capai dalam satu-satu tahun itu.

Persekitaran pengajaran
Selain daripada objektif,faktor-faktor klain yang mempengaruhi perancangan ialah saiz kelas,peralatan dan kemudahan.Semua faktor tersebut perlu diberi perhatian untuk memastikan kejayaan kelas pendidikan jasmani.Jika saiz kelas itu besar,maka masalah kekurangan peralatan dan kemudahan mungkin timbul.Justeru itu, perancangan diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut.Misalnya ,suatu kumpulan kecil boleh dibentuk,Misalnya suatu kumpulan kecil boleh dibentuk untuk tujuan diatas.

Latar Belakang Guru
Kejayaan program pendidikan jasmani bergantung kepada tenaga pengajarnya. Keupayaan guru mengajar itu penting untuk menjayakan pengajaran. Dengan latihan yang diberikan oleh maktab-maktab perguruan di Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa mereka memang mampu untuk mengajarkan pendidikan jasmani di sekolah. Dalam persoalan ini, minat dan sikap guru itu sendiri adalah penting.

Latar Belakang Pelajar
Tidak semua pelajar adalah sama. Perbezaan di kalangan pelajar itulah yang memerlukan perancangan. Pelajaran yang dirancang tidak seharusnya terlampau susah untuk golongan yang kurang mahir sehingga mereka hilang minat untuk melakukan aktiviti yang dirancang. Sebaliknya pelajaran yang tidak mencabar bagi golongan yang mahir juga menyebabkan pelajar kurang minat terhadap pendidikan jasmani.


Rancangan Kerja Tahunan
Rancangan kerja tahunan perlu diadakan untuk memebri satu gambaran keseluruhan terhadap kurikulum yang telah disediakan. Ia adalah penting bukan sahaja sebagai panduan tugas, bahkan sebagai perancangan penggunaan peralatan dan kemudahan yang wujud di sekolah . Dengan perancangan yang rapi, maka masalah kekurangan alat dan kemudahan boleh diselesaikan dengan mencari jalan alternatif. Rancangan tahunan juag menolong memastikan pendidikan jasmani diajar sebagai satu proses yang berterusan. Tajuk-tajuk yang mempunyai unsur yang sama boleh disusun supaya megikut prinsip ansur maju.


FORMAT PERSEDIAAN MENGAJAR PENDIDIKAN JASMANI
Tarikh : ……………………………..

Waktu : ………………………..

Kelas : …………………………..

Bil Murid : …………………………

Umur : …………………………….

Matapelajaran : …………………………….

Kemahiran : ……………………..

BSPP : ………………………..

Pengalaman sedia ada : ………………………..

Objektif : Di akhir pelajaran ini, murid-murid dapat ……………………………..

Penerapan nilai : ………………………………


BAHAGIAN (WAKTU) GERAK KERJA BUTIRAN MENGAJAR PENGELOLAAN KELAS BSPP CATATAN
Memanaskan badan
(3 minit)
Pilih 2 atau 3 aktiviti ringkas Perkara-perkara penting yang disebut oleh guru, jelas, tepat dan padat Pentingkan gambarrajah. Bagaimana melaksanakan aktiviti ? Nyatakan jenis dan bilangan
Buat catatan untuk mengigati guru segala perkera seperti langkah keselamatan/

kaedah/nilai

Gerak kerja kumpulan
(8 minit)
Senaraikan aktiviti ikut turuta unsur maju
Pemainan kecil
(7 minit)
Namakan permainan
Penutup
(2 minit)
Aktiviti pulihan/
perbincangan



No comments:

Post a Comment

Post a Comment