SELAMAT DATANG

BANNER

Create your own banner at mybannermaker.com!

ikon

Wednesday, November 9, 2011

Amalkan Gaya Hidup Sihat

Gaya Hidup Sihat

GAYA HIDUP SIHAT
Pengenalan
Konsep dan Definisi GHS
• Gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit.
Dari aspek fizikal bermaksud menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan, persekitaran dan alam sekitar.
• Melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
• Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat
• Mengelak daripada penyalahgunaan bahan terlarang.
Dari aspek mental bermaksud mengawal stres dan ketegangan yang melibatkan aspek ketenangan jiwa, perasaan dan fikiran.
• Mendapat rehat yang cukup
• Berfikiran positif
Dari aspek sosial dan rohani pula bermaksud
• Menjalinkan hubungan baik dengan jiran dan rakan-rakan
• Patuh kepada ajaran agama
 Amalan GHS penting untuk mengelakkan ancaman penyakit dan masalah kesihatan.
 Seseorang yang tidak mengamalkan GHS seperti merokok, meminum alkohol, tidak melakukan senaman dan tidak mengamalkan pemakanan seimbang akan terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan seperti :
 Penyakit jantung koronari
 Kegemukan
 Malnutrisi
 Hipertensi
 Strok
 Kanser
 Diabetes
 Penyakit paru-paru
 Individu yang gagal mengawal stres pula akan berasa cepat marah, sukar tidur (insomnia), hilang selera makan, peningkatan rasa keletihan dan mengalami hipertensi.

KOMPONEN GAYA HIDUP SIHAT
 Pemakanan (jenis makanan yang ditentukan untuk dimakan)
 Kebersihan diri
 Penyalahgunaan bahan
 Rehat yang cukup
 Senaman

A. Pemakanan Yang Seimbang

• Amalan pemakanan yang seimbang boleh menghindarkan penyakit kronik seperti diabetes, kanser, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.
• Terdapat lima kumpulan makanan yang menjadi asas pemakanan seimbang :
1. Kumpulan bijirin, hasil bijirin dan ubi.
2. Kumpulan sayur-sayuran dan buah-buahan
3. Kumpulan susu dan hasil tenusu
4. Kumpulan daging, ayam, telur ikan dan kekacang.
5. Kumpulan minyak, lemak dan gula.
• Setiap kumpulan makanan menyediakan hanya sebahagian daripada nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita.
• Kita perlu mengambil makanan daripada setiap kumpulan makanan dengan kadar yang sesuai yang berasaskan kepada PIRAMID MAKANAN.





















PIRAMID MAKANAN










PIRAMID MAKANAN










Langkah-langkah yang Disyorkan

1. Makan pelbagai makanan
2. Makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran
3. Makan 3-6 hidangan roti berserat tinggi, bijirin dan kacang setiap hari.
4. Kurangkan makanan yang diproses.
5. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan kulit sekali tetapi pastikan makanan dibasuh dengan bersih.
6. Dapatkan serat dari makanan dan tidak dari bentuk pil.
7. Banyak minum air kosong iaitu lebih kurang 6-8 gelas sehari.
Kurangkan Lemak dalam Pemakanan
1. Ketahui apa yang anda masukkan ke dalam mulut.
2. Tidak lebih daripada 10% lemak saturated.
3. Tidak lebih daripada 30% kesemua jenis lemak.
4. Pilih makanan kek, biskut,kraker atau chip yang bebas daripada lemak atau rendah lemak.
5. Guna minyak masak zaitun.
6. Pilih daging lean (tidak berlemak), ikan atau ayam.
7. Seboleh-bolehnya pilih produk susu yang rendah lemak.
8. Ingat bahawa, makanan yang dimakan perlu dengan sederhana.

KESAN PEMAKANAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH
 Status pemakanan akan mempengaruhi perlakuan kanak-kanak.
 Kanak-kanak yang sentiasa mengamalkan pemakanan yang berkhasiat akan kelihatan lebih cergas, dapat memberi tumpuan yang baik terhadap pembelajaran dan aktiviti fizikal.
 Sebaliknya kanak-kanak yang tidak diberi makanan yang berzat akan menjadi seorang yang pendiam, sentiasa menarik diri atau menjadi terlalu aktif sehingga tidak dapat dikawal oleh guru.
 Kanak-kanak tersebut akan cepat dijangkiti penyakit serta menurunkan daya melawan sesuatu penyakit.
 Kanak-kanak yang tidak dapat nutrien dan kalori yang sewajarnya yang dikehendaki oleh tubuh badan secara berterusan akan mendapat masalah, terutamanya bayi dan kanak-kanak kecil.
 Pertumbuhan fizikal, mental, emosi dan sosial akan terbantut.
 Pemilihan makanan yang silap oleh ibu bapa, seperti kerap makan makanan segera, tabiat makan makanan ringan, terlalu memikirkan berat badan dan kerap makan dengan tidak menentu masa.
 Masalah obesiti adalah berkaitan dengan pemakanan. Sekiranya kanak-kanak makan berlebihan makanan yang member tenaga seperti makanan yang mengandungi tinggi kalori, mereka akan mengalami peningkatan berat badan yang akan membahayakan diri.
 Amalan tersebut jika ditambah pula dengan kekurangan aktiviti fizikal, kerap menonton TV dan permainan video (golongan sedentari) lebih tinggi mendapat risiko penyakit kencing manis, penyakit jantung dan penyakit kronik lain.

KESAN PEMAKANAN YANG TIDAK BERSIH DAN TIDAK BERKHASIAT TERHADAP KANAK-KANAK
 Keracunan makanan
 Mudah mendapat penyakit kerana antibodi kanak-kanak lemah berbanding orang dewasa.
MAKANAN BERKHASIAT UNTUK KANAK-KANAK
 Ibu bapa dan pengasuh perlu merancang pemakanan kanak-kanak mengikut piramid makanan bermula sarapan pagi, snek pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan minum sebelum tidur.
 Mengambil kira pemakanan seimbang, nutrien dan fungsinya.

MEWUJUDKAN SUASANA SIHAT DALAM KELUARGA
 Praktikkan pemakanan sihat (kaya dalam buahan, sayuran dan bijirin) untuk seluruh keluarga, tidak hanya untuk individu tertentu.
 Makan bersama keluarga di meja dan pada masa yang ditetapkan.
 Elakkan makan dengan tergesa-gesa kerana masalah pencernaan.
 Elakkan daripada melakukan aktiviti lain semasa makan seperti menonton TV.
 Elakkan makanan yang tinggi kalori, lemak dan gula.
 Sediakan makanan ringan yang kurang lemak dan berkhasiat seperti buahan, sayuran dan dadih.
 Elakkan menghidang makanan yang terlalu banyak.
 Elakkan memaksa kanak-kanak makan jika dia tidak lapar.
 Hadkan pengambilan makanan ringan pada hanya tidak lebih daripada sekali seminggu.
 Elakkan amalan menjadikan makanan sebagai suatu hadiah, atau dengan mengurangkan makanan sebagai suatu denda.

MALNUTRISI
 Keadaan yang berpunca daripada kekurangan zat makanan seperti vitamin, mineral, protein, karbohidrat, lemak dan serat dalam pemakanan seseorang individu
 Selain pengambilan makanan yang tidak seimbang, masalah penghadaman dan penyerapan makanan di dalam tubuh juga boleh menyebabkan malnutrisi.
KESAN MALNUTRISI
I. Tidak bermaya
II. Mudah pitam
III. Sembab
IV. Kelihatan pucat

 Keadaan ini akan menjejaskan kesihatan dan menyebabkan seseorang itu tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan tidak mampu melakukan aktiviti fizikal.
 Malnutrisi juga boleh merencatkan proses tumbesaran, mengakibatkan penyakit yang serius dan boleh membawa kematian.
 Tindakan sebilangan pelajar yang tidak mengutamakan pengambilan sarapan pagi boleh membawa kepada masalah nutrisi.
 Pada umumnya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan malnutrisi di sesebuah negara, iaitu tahap kesihatan yang rendah (masalah penghadaman dan penyerapan makanan), kemiskinan, tahap pendidikan yang rendah dan kekurangan sumber makanan.
 Di Malaysia masalah nutrisi yang berlaku hanyalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang pemakanan yang seimbang.

PENYAKIT AKIBAT MALNUTRISI
 Kwashiorkor - Kaki dan tangan mengecil serta perut buncit akibat kekurangan protein, karbohidrat, vitamin dan garam mineral.
Kesannya – proses pembesaran dan perkembangan mental terencat.
 Marasmus – cirit-birit, dehidrasi, rambut dan kulit menjadi kering akibat kekurangan protein dan kalori dalam diet.
Kesannya – proses pembesaran dan perkembangan mental terjejas teruk.
 Beri-beri – Keletihan, hilang selera makan, sakit bahagian abdomen akibat kekurangan vitamin B1 (tiamina) dan mineral.
Kesannya – Sukar pernafasan serta membawa maut.
 Anemia - Keletihan, pucat, kebas bahagian kaki dan tangan, tiada selera makan akibat kekurangan vitamin B12 dan asid folik.
Kesannya – Pembesaran sel darah merah, cirit-birit, dan mengurangkan sel darah putih dan platlet di dalam darah.
 Rabun malam – Sukar melihat dalam gelap dan malam akibat kekurangan vitamin A.
Kesannya – Menghadkan kemampuan untuk bergerak pada waktu malam.

AMALAN DAN KESAN PENGAMBILAN MAKANAN SECARA BERLEBIHAN
 Menyebabkan masalah kesihatan yang berkaitan dengan obesiti.
 Obesiti meningkatkan risiko penyakit yang serius sepert :
i. Jantung koronari
ii. Hipertensi
iii. Diabetes
iv. Strok
v. Penurunan fungsi organ
 Obesiti juga menghadkan keupayaan kita dalam aktiviti fizikal. Pergerakan
kita menjadi kurang tangkas dan pantas kerana terpaksa menanggung berat badan.
 Kita juga menghadapi peningkatan risiko kecederaan di bahagian sendi lutut sekiranya tubuh tidak bersedia dengan penambahan berat badan yang berlebihan.
CARA MENGATASI MASALAH OBESITI
i. Amalkan cara hidup aktif berdasarkan piramid aktiviti untuk meningkatkan penggunaan kalori.
ii. Amalkan pemakanan seimbang mengikut piramid makanan.
iii. Kurangkan pengambilan kuantiti makanan mengikut keperluan kalori. Hadkan saiz hidangan yang dimakan.
iv. Disiplinkan diri supaya makan mengikut masa, rancang masa makan dan jenis makanan yang diambil.
v. Amalkan sikap makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.





LEMBARAN KERJA 1
1. Senaraikan jenis-jenis makanan yang anda makan dalam sehari .
2. Nyatakan juga kuantiti makanan yang diambil. (contohnya sepinggan, sebiji, sekeping dan lain-lain)
3. Padankan jenis makanan yang anda ambil dengan piramid makanan.
Sarapan pagi Minum pagi Makan tengahari Minum petang Makan malam Minum malam
7.00-9.00 pagi 10.00-11.00 pagi 12.00-2.00 petang 4.00-5.00 petang 6.00-9.00 malam 10.00-11.00 malam
JENIS MAKANAN JENIS MAKANAN JENIS MAKANAN JENIS MAKANAN JENIS MAKANAN JENIS MAKANAN
























LEMBARAN KERJA 2
PIRAMID MAKANAN













BINCANGKAN
1. Jenis-jenis makanan mengikut aras.
2. Kuantiti makanan yang perlu diambil mengikut aras.
3. Jumlah hidangan yang perlu diambil mengikut aras.


LEMBARAN KERJA 3
1. Cadangkan menu sarapan pagi yang seimbang untuk keperluan anda.
Contoh 1 (makan tengahari):
Aras 1 : ½ cawan nasi
Aras 2 : ½ sayur berdaun hijau bersama batangnya (dimasak)
: 1 biji pisang bersaiz sederhana
Aras 3 : 1 ketul peha ayam bersaiz sederhana
: ½ cawan dadih rendah lemak
Aras 4 : 1 gelas sirap beng.

Contoh 2 (sarapan pagi):
Aras 1 : 1 keping roti canai kosong.
Aras 2 : 1 hiris betik, nenas atau tembikai
Aras 3 : 2 biji telur bersaiz sederhana
Aras 4 : 1 gelas teh tarik











B. Kebersihan Diri

 Kebersihan diri memainkan peranan yang penting agar kesihatan dapat dikekalkan.
 Kebersihan diri merangkumi penjagaan kesihatan seperti kulit, rambut, gigi, mata dan telinga.
 Penjagaan kesihatan diri akan mempengaruhi kesihatan dan penampilan diri seseorang.
 Kebersihan diri dapat mempengaruhi kesejahteraan fizikal, emosi dan sosial seseorang.
I. Penjagaan kulit kanak-kanak
 Kanak-kanak perlu dididik cara-cara mandi dengan sabun untuk mengelakkan penyakit kulit dan badan berbau.
 Kanak-kanak perlu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari agar mereka menjadi sihat dan selesa.
 Mereka perlu menggosok badan dengan kain lembut supaya segala daki dan kuman dapat ditanggalkan.
 Bahagian celah-celah jari kaki perlu diberi perhatian supaya bersih.
II. Bau badan
 Kanak-kanak yang sihat dan aktif akan sentiasa berpeluh tetapi kadang-kadang badannya berbau akibat peluh, terutama di bahagian ketiak, pastikan dibersihkan dengan mandi bersabun..
 Menyalin pakaian bersih dan kering selepas mandi, memakai losyen supaya wangi.
III. Kebersihan gigi
 Menggalakkan kanak-kanak menjaga gigi dari peringkat awal dengan menggosok gigi dua kali sehari dengan baik dan berkesan untuk menghindarkan dari plak.
 Ibu bapa mengawal kanak-kanak dalam pengambilan gula semasa menyediakan makanan dan minuman.
IV. Kebersihan Personal lain
 Kesan kutu di rambut
 Mencuci tangan selepas ke tandas
 Menggunakan syampu rambut tiga kali sehari.
 Membasuh tangan sebelum makan untuk mengelakkan keracunan makanan.
 Menggalakkan kanak-kanak tidur awal dan bangun awal pagi.
Kepentingan Menjaga Kebersihan Tubuh Badan
 Mengelakkan jangkitan penyakit berjangkit seperti penyakit kulit.
 Menjaga kesihatan badan agar sentiasa sihat dan cergas.
 Mengekalkan persahabatan dengan kawan-kawan dengan mengamalkan kebersihan diri.

C. Penyalahgunaan Bahan

 Definisi : Menggunakan bahan-bahan yang boleh menjadikan ketagih secara berlebihan atau untuk tujuan lain selain daripada tujuan sebenarnya.
 Antara bahan yang sering disalahgunakan ialah rokok, alkohol, gam, turpentin, ubat batuk dan dadah.
 Perbuatan ini adalah salah dari segi agama dan undang-undang kerana bahan-bahan tersebut boleh memudaratkan kesihatan dan menjadikan seseorang itu hilang pertimbangan.
 Dadah dan ubat ialah bahan kimia yang dihasilkan daripada tumbuhan, haiwan dan mineral.
 Perkembangan teknologi terkini, banyak dadah dan ubat yang dihasilkan secara tiruan atau sintetik.
 Ubat yang dihasilkan perlu mendapatkan kelulusan dan pengesahan daripada Kementerian Kesihatan.
 Dadah terbahagi kepada beberapa jenis seperti heroin, morfin, candu, ganja dan kodein.
 Dadah diambil dengan cara dihidu, disuntik, dihisap atau dimakan.
 Golongan belia adalah golongan paling ramai terbabit dengan penyalahgunaan bahan terutamanya dadah, rokok dan alkohol.

Punca Penyalahgunaan Bahan
 Terpengaruh dengan iklan
 Pengaruh internet
 Cabaran daripada rakan sebaya
 Terpengaruh dengan rakan sebaya yang menyalahgunakan dadah
 Keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru tanpa memikirkan kesannya.
 Ingin menonjolkan kehebatan diri antara rakan sebaya.
 Ingin mengikut aliran semasa seperti penggunaan pil ekstasi.


Kesan Penyalahgunaan Bahan Terhadap Individu
I. Rokok
 90% kes barah paru-paru
 75% kes jantung
 25% kes penyakit saluran pernafasan
 85% kes remaja menjadi perokok tetap.
Kesan Penyalahgunaan Dadah Terhadap Individu dan Negara
I. Keruntuhan akhlak
 Penagih terdorong untuk melakukan perbuatan yang tidak bermoral seperti mencuri, mengugut ibu bapa dan ahli keluarga, merosakkan harta awam dan berkelakuan sumbang.
II. Gagal dalam pelajaran
 Dadah menyebabkan khayal dan boleh merosakkan minda seseorang.
 Akibatnya individu tersebut tidak dapat belajar dengan sempurna.
III. Prestasi kerja terjejas
 Dadah menyebabkan tumpuan terhadap tugas semakin berkurangan, tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna.
 Majikan mungkin akan memecat individu tersebut.
IV. Tersisih daripada masyarakat
 Penagih dadah sering menjauhkan diri dari masyarakat, mereke suka bergaul sesame mereka.
V. Keruntuhan institusi keluarga
 Masalah penagihan dadah boleh menyebabkan keluarga menjadi kucar-kacir dan berlakunya penceraian antara suami isteri.
VI. Terdedah kepada jangkitan HIV
 Jangkitan HIV melalui jarum suntikan yang digunakan.
 Jangkitan ini membawa penyakit AIDS yang membawa maut.
VII. Penyalahgunaan dadah member kesan negatif kepada Negara seperti :
 Peningkatan kadar jenayah dan gejala sosial
 Menanggung kos tinggi untuk pengurusan penagih
 Menjatuhkan martabat Negara
 Kehilangan bakal pemimpin Negara
 Kehilangan tenaga kerja daripada golongan muda.



D. Kesenggangan, Rehat, Istirahat dan Tidur

 Kesenggangan
 Bermaksud waktu terluang yang diisi dengan sebarang aktiviti yang digemari
 Biasanya waktu terluang ini diisi dengan aktiviti yang tidak membebankan badan dan otak seperti melukis, menyiram pokok bunga, menggubah lagu dan sebagainya.
 Rehat
 Bermaksud tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti fizikal, mental atau melakukan aktiviti yang ringan.
 Contohnya waktu rehat di sekolah, di tempat kerja.
 Waktu rehat boleh digunakan untuk mengurangkan keletihan, menghilangkan rasa lapar dan dahaga.
 Bagi merehatkan badan yang penat bekerja, kita boleh melakukan aktiviti ringan seperti membaca, bermain catur atau permainan dalaman.
 Bagi merehatkan otak yang penat berfikir, kita boleh mendengar muzik, membaca majalah dan bersiar-siar.
 Istirahat
 Bermaksud satu tempoh masa terluang yang diisi dengan aktiviti ringan dan tidak aktif seperti mendengar muzik, melukis atau tidur sejenak
 Semasa istirahat, kita dapat melegakan ketegangan dan stres.
 Tidur
 Rehat yang lebih panjang seperti tidur dapat menurunkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah menurun.
 Semasa tidur, otak menjadi tidak aktif, suhu badan menurun, otot relaks atau berada dalam keadaan rehat. Keadaan ini dapat merehatkan badan sepenuhnya.
 Apabila bangun tidur, badan akan berasa segar dan fikiran menjadi lebih tenang.
Faedah-Faedah Kesenggangan, Rehat, Istirahat dan Tidur
 Memberi peluang kepada badan dan otak untuk pulih daripada keletihan supaya badan dapat berfungsi dalam keadaan yang optimum.
 Menyegarkan semula minda supaya menjadi tenang dan badan menjadi segar agar tugas harian dapat dijalankan dengan lebih efisien.
 Menenangkan fikiran dan menghilangkan kepenatan.
 Fungsi-fungsi biokimia dalam tubuh dapat dipulihkan dan maklumat-maklumat dalam sistem saraf dapat disusun semula.

E. Senaman

 Senaman adalah asas kesihatan.
 Terdapat pelbagai cara untuk bersenam bergantung kepada kemampuan dan keinginan anda.
 Kebanyakan orang bersenam kerana mereka ingin menjadi cergas seumur hidup dan menikmati erti kesejahteraan yang sebenar.
Kenapa Orang Bersenam?
 Senaman boleh meningkatkan penghantaran oksigen ke seluruh badan
 Senaman menguatkan jantung, membina kekuatan dan daya tahan otot
 Senaman mengurangkan lemak dan menguatkan jisim tulang dan sendi.
Berapa banyak anda perlu bersenam?
 Untuk mendapat faedah dari senaman yang dilakukan anda perlu bersenam sekurang-kurangnya 3 hingga 4 kali seminggu selama 20 hingga 30 minit setiap sesi.
 Penemuan terbaru menyatakan, anda juga boleh menikmati faedah-faedah kesihatan sekiranya anda melakukan aktiviti-aktiviti fisikal yang sederhana seperti :
 Melakukan kerja-kerja rumah
 Berjalan kaki selama 10 minit setiap kali tanpa henti, sebanyak 3 kali sehari dan dilakukan 5 kali seminggu.
 Dengan melakukan aktiviti-aktiviti ini anda sudah memenuhi kehendak senaman.
Nasihat Perubatan
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum memulakan aktiviti senaman anda, terutamanya jika anda:
• Lelaki berumur 35 tahun ke atas atau wanita 40 tahun ke atas.
• Memiliki berat badan berlebihan sebanyak 7 kg ke atas.
• Tidak jelas kedudukan kesihatan anda.
• Memiliki sejarah perubatan atau sedang dalam rawatan
• Tidak pernah bersenam untuk beberapa waktu atau tidak melakukannya secara tekal.

 Anda tidak perlu melakukan senaman yang lasak untuk menjadi cergas.
 Pilih senaman mengikut kemampuan anda.
 Berjalan kaki adalah antara yang terbaik dan selamat jika dilakukan dengan betul.

Aktiviti Kecergasan Untuk Kanak-Kanak
 Aktiviti kecergasan untuk kanak-kanak di peringkat prasekolah sehingga Tahun 2 perlu memperkembangkan komponen kecergasan fizikal dan bersenam dengan pelbagai anggota badan.
 Aktiviti P & P hendaklah menekankan aktiviti untuk mempertingkatkan daya fizikal kanak-kanak. Sebagai contohnya :-

i. Senaman untuk `trunk` atau tulang belakang kanak-kanak.
 Pergerakan tunduk, regangan, ayunan badan, kilas badan, jangkau dan membentuk pelbagai bentuk dengan badan
 Kanak-kanak digalakkan melakukan tersebut dengan pelbagai cara seperti berdiri, baring, melutut atau duduk.
ii. Senaman untuk abdomen
 Posisi paling berkesan bagi senaman di bahagian abdomen ialah di atas lantai.
 Contoh aktiviti ialah bangkit tubi, baring dan bangkit sambil menyentuh kaki dengan tangan, angkat lutut perlahan-lahan dan angkat kepala perlahan-lahan untuk melihat kaki.
iii. Senaman untuk tangan dan lengan
 Pergerakan memusing lengan seberapa besar yang boleh menyokong badan dengan tangan di lantai seperti berjalan seperti ketam.
iv. Senaman untuk kaki dan kardiovaskular
 Senaman ini dapat dilakukan dengan mengguna ruang atau di suatu tempat sahaja.
 Contoh pergerakan ialah lari pantas dan berhenti, lari dan tukar arah dengan serta merta, lompat ke pelbagai arah dan lompat tali.
v. Senaman untuk kelembutan badan
 Pergerakan seperti tunduk dan regang badan, duduk dengan kaki terbuka dan tunduk dan melakukan aktiviti mengayun badan dengan pasangan (berpegangan tangan).

Aktiviti Fizikal dan Permainan Untuk Kanak-Kanak
 Kanak-kanak suka bergerak.
 Mereka secara semulajadi ingin belajar dan mempunyai naluri ingin mengetahui sesuatu.
 Mereka akan melakukannya dengan sepenuh hati dan bergerak dengan seluruh anggota badan.
 P & P aktiviti fizikal awal kanak-kanak adalah seronok di mana guru dan murid-murid berinteraksi dalam suasana yang riang dan bergembira.
 Sesuatu kemahiran boleh disesuaikan dengan peralatan yang dijadikan sebagai halangan dan juga daya cipta tarian yang dapat dilakukan secara berpasangan.
 Kanak-kanak awal kanak-kanak gemar bergerak bebas dan tidak suka menjadi pemerhati sahaja.
 Penggunaan peralatan dan lain-lain ransangan akan member lebih cabaran kepada mereka untuk melakukan pergerakan.
 Pada peringkat 4 – 6 tahun, mereka didorong semangat ingin tahu yang menyebabkan mereka sentiasa cergas.
Kemahiran Fizikal Untuk Kanak-Kanak
 Psikomotor Halus
• Motor halus
 Meramas, menggentel,mengoyak, mencubit, mengguli, memicit dengan
menggunakan bahan seperti kertas dan plastisin.
 Membuka dan menutup botol.
 Mengikat tali kasut dan bungkusan
 Menggunting kertas
 Menguntai manik mengikut saiz besar ke kecil dan sebalikknya.

• Menguasai motor halus dengan menggunakan peralatan kecil seperti pundi kecil dan bola.
 Lambung rendah dan tangkap
 Lambung tinggi dan tangkap
 Lambung dua belah tangan dan tangkap sebelah tangan dan pelbagai ansur maju lagi.
 Psikomotor Kasar
• Motor Kasar
 Berjalan (ke hadapan, kiri, kanan dan belakang)
 Melompat ( dua belah kaki dan sebelah kaki)
 Berlari (ke hadapan, kiri, kanan dan belakang)
 Skip ke hadapan sambil menyanyi
 Aktiviti-aktiviti lain seperti pergerakan seperti binatang :
 Berjalan seperti gajah
 Berjalan seperti gorila
 Berlari seperti kucing
 Melompat seperti arnab
 Melompat seperti katak
 Berjalan seperti beruang
 Berjalan seperti kanggaru
 Berjalan seperti anjing laut
 Berjalan seperti ketam
 Dan juga permainan mengikut rentak muzik.

Kepentingan Aktiviti Fizikal Untuk Kanak-Kanak
 Pergerakan akan membantu pertumbuhan dan kesihatan tubuh badan.
 Kanak-kanak yang dapat menguasai kemahiran fizikal dapat meningkatkan lagi keupayaan pergerakannya.
 Pergerakan melalui permainan, tarian, gerak irama dan aktiviti gimnastik menjadikan kanak-kanak seronok dan dapat menguasai kemahiran tersebut.
 Aktiviti fizikal di peringkat prasekolah dapat membantu meningkatkan daya kecergasan kanak-kanak.
 Aktiviti fizikal juga dapat memupuk kesejahteraan hidup dan kesedaran tentang gaya hidup sihat.
 Kemahiran pergerakan akan menggalakkan kanak-kanak bersosialisasi dan secara tidak langsung sifat keyakinan diri, kepimpinan dan toleransi akan turut dipupuk.

No comments:

Post a Comment